Ketidak seimbangan kandungan dalam buku subjek Matematik tahun 1 jilid 1 dan jilid 2 menjadi satu spekulasi dikalangan ibubapa murid tahun 1. Ramai diantara mereka mengajukan soalan yang sama akibat daripada pengajaran jilid 1 yang belum dihabiskan walaupun selepas pertengahan tahun. Hal ini menjadi kebimbangan para ibubapa mengenai anak mereka, mungkin mereka risau anak mereka tidak dapat menghabiskan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran tahun 1.
Sebenarnya, sekiranya ibubapa mengkaji kandungan jilid (tidak perlu terlalu 'mengkaji') cuma lihat pada bilangan mukasurat bagi setiap jilid, soalan mereka telah terjawab. Didapati jumlah mukasurat buku teks dan buku aktiviti jilid 1 jauh lebih banyak berbanding jilid 2, hampir separuh bezanya. Ini menunjukkan kandungan standard pembelajaran dalam jilid 1 yang harus dikuasai murid adalah banyak berbanding dengan jilid 2. Kandungan jilid 1 juga lebih kepada nombor dan operasi yang seharusnya perlu dikuasai murid dengan KUKUH. Tambahan pula, guru tidak akan mengejar silibus tanpa berpaling kepada murid sebaliknya pergerakan kepada standard pembelajaran seterusnya adalah bergantung kepada penguasaan murid kepada standard pembelajaran yang sedang diajar. Oleh kerana guru menggunakan teknik pembelajaran Masteri dalam melaksanakan KSSR Matematik tahun 1, maka semuanya adalah bergantung kepada penguasaan murid dan kepelbagaian kaedah pengajaran guru supaya memastikan sekurang-kurangnya 80% murid menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
Oleh sebab itu, adalah tidak terlalu pelik sekiranya standard pembelajaran jilid 1 belum habis dipelajari walaupun pada bulan 7. Cikgu-cikgu yakin dapat menghabiskan jilid 2 sebelum penghujung tahun kerana kebanyakan standard pembelajaran dalam jilid 2 di aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Harap maklum.
Cikgu Nur Syukri
Wednesday, July 13, 2011
JILID 1 VS JILID 2
Sunday, July 3, 2011
SETENGAH TAHUN MENGAJAR TAHUN 1
Pejam celik pejam celik sudah 6 bulan berlalu, lama betul saya tidak update blog ni. Rasa rindu plak nak bercerita mengenai perkembangan tahun 1. Ada banyak perubahan yang berlaku sepanjang 6 bulan ini memandangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini dan PBS baru sahaja bermula pada akhir bulan April.
Untuk PBS, Standard prestasi telah wujud sebagai rujukan guru membuat pentaksiran yang berterusan dan selaras meliputi semua standard pembelajaran dalam subjek masing-masing. Untuk subjek Matematik pula, ianya tidak susah untuk diaplikasikan dan agak senang untuk faham terutama bagi guru Matematik tahun 1 yang semestinya mempunyai pengalaman dalam melaksanakannya.
Mujurlah sehingga sekarang, banyak kerja yang telah selesai dilaksanakan terutama fail 'showcase' murid dan fail perkembangan murid yang tersusun cantik di bilik KSSR sekolah saya. Jika diingat proses penyediaannya, hanya tuhan sahaja yang tahu begitu banyak masa dan tenaga yang digunakan untuk memastikan ianya siap sehingga pertengahan bulan Mei lalu memandangkan hari jalinan mesra telah diadakan sebelum cuti sekolah bermula .
Pelbagai status pelawat telah datang ke sekolah saya selepas cuti pertengahan tahun untuk memantau perkembangan KSSR yang telah berlaku di sekolah dan bagaimana PBS dilaksanakan di sekolah. Semuanya agak menganggu emosi guru-guru tahun 1 kerana berdebar-debar tentang maklumbalas yang akan diterima, tambahan pula kami tidak pernah mengetahui tentang perkembangan di sekolah lain. Jadi, agak sukar untuk meletakkan sekolah ini ditahap yang bagaimana dan sudah semestinya kami ingin membuat perubahan ke tahap yang lebih baik sekiranya perlu.
Pada waktu ini, usaha saya lebih tertumpu kepada penyediaan instrumen-instrumen pentaksiran yang telah dilabel kod-kod evidens daripada standard prestasi yang telah disediakan oleh LPM. Disamping itu, saya berharap tugas saya sebagai guru matapelajaran Matematik dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Walaupun terdapat banyak halangan dan kekangan yang tidak dapat dielakkan, saya sentiasa berdoa supaya tugas yang saya laksanakan akan memberi impak positif dan maksimum kepada anak didik saya. Kerana mereka adalah lebih penting dalam memastikan kejayaan KSSR dan hasrat kerajaan direalisasikan.

Thursday, January 20, 2011
CUTI UMUM
Hari ini cuti umum sempena Thaipusam. Tapi cuti pun tak macam cuti. Terlalu banyak kerja yang tertangguh. Saya harap dapat habiskan kerja sekolah malam ni juga. Kerja rumah yang separuh lagi akan ditunda ke hari sabtu. Nasib baik esok hari jumaat. Lega sikit rasa. Tapi hari jumaatlah kena submit banyak perkara, kerja sekolah. Mujur juga esok hanya ada 2 masa. Harap tiada relief esok sebab buku kedatangan masih belum lengkap lagi, dah 2 minggu saya cuba mengisi maklumat murid, tapi separuh pun belum penuh. Hanya nama yang siap diisi. Bila tiba je waktu persediaan mengajar (waktu free period), mesti ada kerja lain yang perlu dibuat: melabel buku tulis murid (200buah), periksa lembaran kerja (100 helai), perlu sembahyang semestinya, dan makan (biasanya beli keropok sebab cepat kembali ke bilik guru). Tambahan pula minggu ini saya bertugas, ramai pula murid yang sakit minggu ini. Ada lagi murid tahun 1 yang tak nak masuk kelas, asyik menangis. murid kelas saya pula siap ponteng lagi. Letih mencari 2 beradik keliling sekolah.
Sebenarnya dalam hati ini agak tenang berbanding tahun lepas. Walaupun banyak kerja, saya yakin boleh lakukan dengan baik. Insyaallah.
Tuesday, January 18, 2011
MINGGU BERTUGAS
Pada minggu ini giliran saya dan kumpulan saya bertugas iaitu kumpulan C. Agak memenatkan kerana pertama kali menjadi ketua untuk guru bertugas mingguan. Perasaan bercampur baur, takut tidak kena, takut tidak sempurna, takut dimarahi rakan di luar sana. Tetapi saya cuba sebaik mungkin. Diarah dan mengarah. Saya sangat berharap tidak ada banyak masalah pada minggu ini dan ianya cepat berlalu.
Okay, masa untuk update blog sekolah.
Sunday, January 16, 2011
Minggu kedua mengajar KSSR Matematik
Esok masuk minggu kedua mengajar matematik tahun 1.. selepas berakhir minggu lepas, not bad lah prestasi murid-muridku..mungkin mula-mula tajuk senang..tapi untuk murid linus, ofcos ada problem cket..so, esok nak panggil beberapa orang murid yang tidak mencapai tahap objektif untuk buat semula lembaran kerja dengan bimbingan guru matematik ( aku la tu..)
Masalah pertama guru matematik yang dapat dikenal pasti ialah kekurangan masa@ruang untuk memberi perhatian kepada murid yang masih lemah pengajaran pada hari tersebut, apa taknya, satu kelas ada 35 murid, masa untuk buat lembaran kerja plak pendek dek kerana pengajaran mula-mula ditunjuk bbm dan mengajar..
Maka hari jumaat lepas aku buat experimentlah untuk murid-muridku, diterbalikkan iaitu dipendekkan waktu ngajar, dipanjangkan waktu buat lembaran kerja untuk murid-muridku supaya aku boleh ke meja-meja murid ajar satu persatu.. untuk murid pandai yang dah tahu buat, bising plak mereka.. sampai nak mngajar murid yg tak tahu buat pun terganggu kerana agak bising.. so plan aku untuk nextweek, murid yg pandai@ yg dah siap awal, akan diberi lembaran kerja tambahan yang agak susah sikit soalannya..
peristiwa yang agak lucu bila diingatkan minggu lepas , 1 BETA... aku lupa kelas ni kelas linus.. bukan main lagi aku ajar mereka, bila ditanya, cakap faham..bila diberi soalan secara lisan, dapat jawab dengan betul, ramai plak tu yang semangat nak jawab dan semua yang jawab beri jawapan yang betul.. tapi.. bila diedarkan lembaran kerja, kebanyakan mereka tulis jawapan yang salah,lukis yang salah,bilangan yang salah.. so garu2 kepala lah diriku ini..ajar balik kat depan cara lain..tanya mereka,boleh jawab plak..peliknye haaai..
tetibe baru teringat yang mereka TAK TAHU BACA!! patutlaa jawapan soalan no.1 je yang betul coz aku baca soalan no.1 tu.. ape punye cikgu laa aku nii...lepas tu, hape lg..sakit la tekak aku kena baca satu persatu, terangkan satu persatu soalan lembaran kerja yang diberi..tapi mujur alhamdulillah puas hati gak coz 3 orang je yang tak mencapai tahap yang baik..so, 3 orang ni lah yang akan diberi lembaran yang sama nextweek..
Subscribe to:
Posts (Atom)