Ketidak seimbangan kandungan dalam buku subjek Matematik tahun 1 jilid 1 dan jilid 2 menjadi satu spekulasi dikalangan ibubapa murid tahun 1. Ramai diantara mereka mengajukan soalan yang sama akibat daripada pengajaran jilid 1 yang belum dihabiskan walaupun selepas pertengahan tahun. Hal ini menjadi kebimbangan para ibubapa mengenai anak mereka, mungkin mereka risau anak mereka tidak dapat menghabiskan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran tahun 1.
Sebenarnya, sekiranya ibubapa mengkaji kandungan jilid (tidak perlu terlalu 'mengkaji') cuma lihat pada bilangan mukasurat bagi setiap jilid, soalan mereka telah terjawab. Didapati jumlah mukasurat buku teks dan buku aktiviti jilid 1 jauh lebih banyak berbanding jilid 2, hampir separuh bezanya. Ini menunjukkan kandungan standard pembelajaran dalam jilid 1 yang harus dikuasai murid adalah banyak berbanding dengan jilid 2. Kandungan jilid 1 juga lebih kepada nombor dan operasi yang seharusnya perlu dikuasai murid dengan KUKUH. Tambahan pula, guru tidak akan mengejar silibus tanpa berpaling kepada murid sebaliknya pergerakan kepada standard pembelajaran seterusnya adalah bergantung kepada penguasaan murid kepada standard pembelajaran yang sedang diajar. Oleh kerana guru menggunakan teknik pembelajaran Masteri dalam melaksanakan KSSR Matematik tahun 1, maka semuanya adalah bergantung kepada penguasaan murid dan kepelbagaian kaedah pengajaran guru supaya memastikan sekurang-kurangnya 80% murid menguasai standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
Oleh sebab itu, adalah tidak terlalu pelik sekiranya standard pembelajaran jilid 1 belum habis dipelajari walaupun pada bulan 7. Cikgu-cikgu yakin dapat menghabiskan jilid 2 sebelum penghujung tahun kerana kebanyakan standard pembelajaran dalam jilid 2 di aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Harap maklum.
Wednesday, July 13, 2011
JILID 1 VS JILID 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment